Selasa, Disember 08, 2009

tulang 4 kerat

pagi nie mesin rumput n tebas2 blakang rumah .
mesin rumput plak buat hal kejap ok kejap x leh start, tah apa dia mrajuk kn tah

dapat la pisang setandan, klapa muda 11 biji & buah kedondong 1/2baldi
oiii sapa2 nak buah kedondong meh la cni amik aje kat rumah

tp.. penat rupanya keja kebun nie :p
cmne la org kg yg keja kebun tntu lg penat nk kna jga kbun 1-2 ekar

(tajuk blom siap)

Rabu, November 18, 2009

aktiviti memancing pari kat mersing

huh panas duk tepi pantai.. nasib baik x ikut

memerlukan bantuan & sokongan




keratan akhbar dr berita harian & metro menegenai mohd.khairul yg memerlukan sokongan dan bantuan (samada kewangan ataupn khidmat nasihat) dr masyarakat..




Isnin, November 02, 2009

Suri Teladan - November



diceritakan daripada Amrah, isteri Habib al-Ajami r.a bhwa dia yakin Amrah setiap malam mengejutkan suaminya pd waktu malam, sambil mengatakan kpd nya:

"Bangun segera! Malam sudah hampir pergi, sedangkan perjalanan masih jauh, dan bekalan pula masih sedikit, serta rombongan-rombongan kaum yg soleh sudah berangkat pergi"
Maksud isterinya supaya suaminya segera bangun pd akhir malam utk solat Tahajjud dan beribadah kpd Allah hingga ke siang hari.

Sabtu, Oktober 24, 2009

Doa Perlindungan Yang Di Ajar Jibril

Sunday, July 19, 2009

Bicara Ilmu 2 – Doa Perlindungan Yang Di Ajar Jibril
Alhamdulillah, dapat kita sempurnakan program "Tanyalah Ustaz" dengan izin Allah di bawah tajuk "falsafah Isra dan Mikraj".Di bawah ialah bacaan doa yang diajarkan oleh Jibril kepada junjunga Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalamkitab al- Muwattaa. Hadith ini juga dinukilkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad tanpa menyebut perkataan "Isra".

Apa yang penting di dalam amalan ini ialah, ia menjadikan kita semakin berharap dan bergantung pada Allah. Dengan itu, Allah akan melindungi hidup kita walau di mana kita berada. Semoga ia memberi kebaikan pada kita semua


و حَدَّثَنِي عَنْ مَالِك عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَلَى فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ
'Auu zu bi waj hilla hil karim
وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ
wabikalimatillahit taammatil lati la yujawizuhunna barru wa la fajir
مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ
wa mim syarri ma yan zilu minas sama'
وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا
wa syarri ma ya'ruju fiha
وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ
wa syarri ma zara'a fil ardhi
وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا
wa syarri ma takh ruju minha
وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min fitanil laili wan nahari
وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
wa min tawariqil laili wan nahari
إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ
illa toriqan yatruqu bi khairin ya rahman

Ia (Yahya) meriwayatkan kepadaku dari Malik dari Yahya bin Said, bahawa ia berkata, ketika Rasullullah saw, diisrakkan, baginda melihat Ifrit dari kalangan jin mengejarnya dengan sebuah obor api. Setiap kali Rasullullah saw menoleh, baginda selalu melihatnya. Maka Jibril berkata kepada baginda, "Mahukah kamu aku ajarkan kalimah yang dapat kau ucapkan. Jika engkau membacanya, maka obor itu akan padam dan dia (jin itu) akan jatuh dengan mulutnya (tersungkur), Rasullullah menjawab, "Ya", Jibril lalu berkata, bacalah :-
Aku berlindung kepada Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimah Allah yang sempurna yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang baik dan pendosa, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dan kejahatan yang naik padanya, kejahatan yang ditabur di bumi dan kejahatan yang keluar darinya, dari fitnah malam dan siang serta yang datang di malam dan siang kecuali yang datang dengan kebaikan, wahai Yang Maha Pengasih.
"Ilmu Itu Cahaya'Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Ahad 19 Julai 09 jam 9.10 pagi
Posted by Ustaz Amin at 9:11:00 AM

Khamis, Oktober 22, 2009

Hikmah Berdiam Diri (artikel tahun 2007)

ada lagi aku simpan artikel nie rupanya..

"Barang siapa yg beriman kpd Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yg baik atau diam" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
>> menasihatkan org yg bersalah tidak salah ttpi yg salah ialah memikirkan kesalahan org <<